Monday, June 21, 2010

innovation festival 2010: SMK Sri ISTANA koleksi gambar





KUALA LUMPUR: Dalam usaha memupuk  pemikiran inovatif dan kreatif, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Dibta Group Sdn Bhd (Dibta) menganjurkan Festival Inovasi (Inno-Fest) 2010 di Balai Seni Lukis Negara disini, dari 18 hingga 20 jun ini.

SMK Sri Istana, Klang Selangor tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan Festival Inovasi 2010 yang berprestij ini. SMK Sri Istana bersaing dengan lima lagi sekolah menengah untuk merebut gelaran "InnoIdol". Setiap sekolah dinilai dari aspek pembentangan projek , penilaian booth pameran dan undian juri awam melalui sistem e-undi. SMK Sri Istana terpaksa pulang dengan membawa pulang  hadiah saguhati dan sijil pengiktirafan 5S.

 Namun bagi SMK Sri Istana, perkara yang paling penting adalah semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga SMK Sri Istana dalam merealisasikan impian mencapai pengiktirafan 5S ini telah membuahkan hasil. Usaha untuk mengekalkan pengiktirafan ini merupakan cabaran baru buat warga SMK Sri Istana. Semoga semangat 'Kaizen' yang diterapkan oleh Pn Hjh Mawarni Binti Yahya, Pengetua SMK Sri Istana ini mampu membawa SMK Sri Istana berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.











AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."